DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,
وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya
Karim , Ya
Sesungguhnya
kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu
yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur
samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada
kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya
engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat
luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.
Justeru
berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa
kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga
dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada
kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat
martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ
أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,
وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya
tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.
Bersempena
dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah
kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah
hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan
serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.
Ya Allah Ya
Rahman Ya Rahim
Kami
memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan
menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah
kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan,
Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah
berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara
yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran
sepanjang zaman.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ
أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA
MENGHADAPI
PEPERIKSAAN AWAM (1)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة
لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma
Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,
Sesungguhnya Engkau Maha
Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan
dalam medan
perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di
bawah kekuasaan dan iradatmu jua.
Justeru… kami pohon padaMu
berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau
lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya.
Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..
Allahumma
Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami mohon.
Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan.
Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat.
Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada
agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ
أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA
MENGHADAPI
PEPERIKSAAN AWAM (2)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,
وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terangilah hati kami dengan
cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu
selama-lamanya
Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa
yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami
jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya
Ya Allah Ya Ghaffar ,
Ampunkanlah
dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat
Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah
hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya
oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami
nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon
keampunan-Mu Ya Ghaffar,
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ
سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
رَبَّنَا
ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ
مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه
أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ
DOA SEMPENA MESYUARAT
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة
لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma
Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di
sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan
semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa
supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru… berkati pertemuan kami,
berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami,
idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan
yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman
yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan
kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa
secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
Allahumma
Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari
kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari
melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan
yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda
yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman
serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ
أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ
وَالصَّلاَة
ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah
ini , demi kebaikan anak-anak kami .
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami)
sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang
disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang
berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami ,
jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang
membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di
antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah
ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan
hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan
ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ
أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA HARI GURU
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة
لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami
merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama
Sekolah) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :
(Tema Hari
Guru Tahun Semasa)
Ya Allah , Ya ‘Azizi
Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang
mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru
kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan
sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti
dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan
detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu
agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang
kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka ,
sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah
kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam
sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal
erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan
berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti
akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena
pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan
kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat
yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik
yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada
guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru ,
semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan
negara tercinta .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة
لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami
memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan
berada dalam
Majlis
Anugerah Kecemerlangan . Sekolah (Nama
Sekolah)
Ya Allah Ya
Fa’aalullimaayurid
Kami memohon
kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan
rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat
keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama
menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini
juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan
dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik
mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada
kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang
pada masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya
Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah
pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini
sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti
kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan
gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang
akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon
daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan
menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka
sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai
kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ
أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA MAJLIS SOLAT HAJAT
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ
، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ
أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada ketika ini
kami berkumpul kerana-Mu
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan
ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah
penolong kami, sehingga menolong kami melawan hawa nafsu kami, dan menolong
sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu
sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta
daripada selain Engkau .
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami
ini) anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang ,
remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami
nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon
keampunan-Mu Ya Ghaffar,
Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah
diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ
أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA
SEMPENA HARI SUKAN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ
، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ
أجْـمَعِيْنَ .
Ya
Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami berhimpun pada pagi ini
kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai
dengan firman-Mu yang mulia :
قُلْ إِنَّ صَلاَتِيْ ونسكي ومحياي ومماتي ِللهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ .
Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan
matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah.
Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah
pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .
Ya Allah , Ya Hayyu
Ya Qayyum ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan
hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan
ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.
Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami)
sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang
disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang
gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia
mahupun di akhirat .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ
أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA HARI KARNIVAL / KANTIN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ
، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ
أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah ,
Tuhan Penguasa Alam ,
Kami merafakkan
rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami
berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah,
bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke
arah meningkatkan dana kewangan sekolah kami .
Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami
ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar
yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum
seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di
akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera
melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas
bersegera meninggalkan keburukan .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Kami memohon kekuatan dari
hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat
melaksanakan segala kebajikan
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .
Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah
diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA
SEMPENA PERKHEMAHAN/AKTIVITI LUAR
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ
، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ
أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami merafakpkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana
telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .
Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi
menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di samping menyumbang buah
fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan . Berkatilah
usaha ini Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak
didik kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga
hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang
merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan
kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan
lantas bersegera meninggalkan keburukan .
Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Kurniakanlah kepada kam kekuatan fizikal , mental
dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripada-Mu Ya Allah .
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami)
sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang
disegani dan dihormati samada dalam bidang akademik mahupun keperibadian .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ
أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA
SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ
، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ
أجْـمَعِيْنَ .
Ya
Allah ,Ya Ra'ufurrahim ,
Kami merafakkan
rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun
Semasa) pada hari ini .
Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami
berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami
ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar
yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum
seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di
akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami kearah
kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami pelajar-pelajar
yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran kami.
Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib
dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan kami
pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam peperiksaan
yang lalu .
Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah
diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ
أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ
، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ
أجْـمَعِيْنَ .
Kami
merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada
dan menghadiri Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis
Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini.
Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi ,
Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk
perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan
buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan
sekolah kami .
Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami
ini) , barisan pengawas kami akan
menjadi pengawas yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi ,
ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang
tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas
yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan
organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan
berwibawa .
Ya ‘Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah
diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ
أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA
SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS/SEMINAR/BENGKEL
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ
، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ
أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan
antara kedua-duanya .
Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk
kami berkampung selama ( Nyatakan
bilangan hari ) dalam (Nyatakan Nama Kursus) .
Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi
dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya .
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja ,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan
menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang
ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami ,
ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik
kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .
Ya Allah , Qaadhial Hajat ,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh
dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan ,
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah
dosa-dosa kami ;
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami
dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif ;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah
klami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami ,
maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama
kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai
berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk
bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA PERSARAAN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة
لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma
Ya Hakim Ya Azim,
Pada saat dan detik yang
bersejarah ini kami menghulurkan tangan
pengharapan
memohon ehsan dan rahmatmu agar
engkau anegerahkan kesejahteraan, taufiq
dan hidayah kepada yang berhormat perdana menteri malaysia Tan sri Dr Mahadhir Muhammad yang akan
meninggalkan arena kepimpinan negara ini. Berikanlah kepada beliau kesabaran,
ketabahan dan kekuatan dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim sejati di
hari-hati yang mendatang.
Ya Allah, Ya Qahhar Ya Jabbar
Kurniakanlahlah ya Allah ganjaran
,syafaat dan keridhaanmu di atas jasa-jasa baik beliau yang telah dicurahkan
kepada rakyat dan kau ampunkanlah di
atas segala kelemahan dan kesilapan yang telah beliau lakukan kepada rakyat.
Mudah-mudahan segala pengorbanan
beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan merpertahankan
kedaulatan dan kemakmuran negara seiring dengan kehendakmu ya Allah.
.
Allahumma
Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,
Kurniakanlah apa kiranya ya Allah
kepada negara kami keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran yang berpanjangan .Jauhkanlah
negara kami dari gejala-gejala mungkar yang boleh merosakkan kedaulatan dan
keamanan negara.
Jadikanlah kami Ya Allah, dari
kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari
melanggari perintah Mu. Berikankanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna
dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi
dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan
pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan
di dunia dan di akhirat.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ
أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA PERSARAAN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة
لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pertemuan ini, ingin merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas
kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma
Ya Hakim Ya Azim,
Pada saat dan detik yang
bersejarah ini kami menghulurkan tangan
pengharapan
memohon ehsan dan rahmatmu agar
engkau anegerahkan kesejahteraan, taufiq
dan hidayah kepada yang berbahagia Tn Hj Ibrahim b. Yusof yang akan meninggalkan arena pendidikan negara ini.
Berikanlah kepada beliau kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menjalani
hidup sebagai seorang muslim sejati di hari-hari yang mendatang.
Allahumma ya Munzilar rahmah wa ya fatihal barakah
Kurniakanlahlah ya Allah ganjaran
,syafaat dan keridhaanmu di atas jasa-jasa baik beliau yang telah dicurahkan
kepada kami dan seluruh warga pendidik khususnya di daerah klang ini.begitupun
jua ya Allah di atas semangat juang beliau yang tidak pernah menenal erti putus
asa dalam memikul tanggungjawab sebagai pemimpin , pendidik dan bapa yang
senantiasa berusaha menyumbang tenaga, idea, kepakaran demi meningkatkan kualiti
kurikulum dan ko-kurikulam pelajar-pelajar Islam di daerah ini khasnya dan di
arena pendidikan perdana amnya.
Mudah-mudahan segala pengorbanan
beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai pendidik yang
masih belum berkesudahan lagi.
.
Allahumma
Ya alim wa ya qadhial hajat